-->

YouTuber Ini adalah beberapa langkah perlu anda pertimbangkan

Beginner 
tercari-cari karektor yang terbaik ketika berada dihadapkamera.

Pasti anda sering membuat rujukan dengan menonton video YouTuber-YouTuber kegemaran, namun sejauhmana anda mampu melakonkan watak tersebut sekiranya anda mengambil keputusan untuk meniru mereka.

Anda boleh meniru tapi jadikan ia versi anda. Copy and edit! Ini adalah tindakan tepat sekiranya anda kehilangan idea untuk menghasilkan video.

Bukan mudah untuk anda kekalkan identiti 'fake' sekiranya anda mengambil keputusan untuk menjadi 'seseorang' atau berlakon. Malah anda akan menghadapi masalah yang lebih besat seperti menyebabkan kurang motivasi sekiranya anda gagal untuk meniru YouTuber kegemaran anda pada video-video akan datang.

Adalah lebih mudah dan terbaik, anda menjadi diri sendiri sebagai seorang YouTuber. Ini adalah beberapa langkah perlu anda pertimbangkan untuk menjadi diri sendiri.

  1. Jadi diri sendiri yang paling terbaik (the best of you). Anda perlu berikan yang terbaik, usaha untuk sampaikan kandungan atau content yang paling terbaik melalui video anda. Ini kerana setiap apa yang anda sampaikan di YouTube ia akan memberi gambaran siapa sebenarnya anda. Tapi jangan risau, sekiranya ada kesalahan anda boleh perbaiki dari semasa ke semasa.
  2. Authentic, legit. Anda juga perlu legit dengan audien. Tidak perlu untuk anda berlakon atau menjadi orang lain.
  3. Pendapat anda adalah sesuatu yang boleh diketengahkan dan menunjukkan karektor sebenar anda. Sesiapa sahaja boleh memberikan pendapat, tapi perlu dilakukan secara betul. Jangan terlalu menghakimi diri sendiri, tetapi sampaikan pendapat anda dengan cara betul.
  4. Jadi YouTuber yang konstruktif - rangsang diri sendiri untuk memberikan content video yang terbaik. Rangsang diri sendiri untuk terus menghasilkan video.
  5. Mood - Sediakan diri anda dalam mood yang baik sebelum hasilkan video. Contohnya mendengar muzik, mandi, atau makan. Mood yang baik akan membantu anda menghasilkan video yang terbaik dan menjadi lebih kreatif.
  6. Akhir sekali, tidak perlu ambil kisah apa yang orang lain akan fikirkan. Don't care about what other people think! Teruskan usaha anda untuk mencapai impian dengan menghasilkan content video yang menarik dan unik.

Anda semua mempunyai satu karektor yang tiada pada orang lain, jadi yakinlah pada diri sendiri. Let's start.

LihatTutupKomentar